Ahad, 6 Januari 2013

PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )
 
1.   Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja
      ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2.   Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3.   Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4.   Sintaksis- ringkas & padat.
5.   Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat
      sendiri ialah dengan  menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti
      dan menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6.   Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru,
       Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian,
       Walau bagaimanapun).  
7.   Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll  
      8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum
          menghantar kertas  jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.  
9. Pemarkahan ringkasan. 
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat  berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.  
    10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan  
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini.
   BAHAYA    Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan