Isnin, 24 September 2012

BIDALAN



Bidalan


1.       Baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang


= Merendah diri


2.       Belum duduk sudah berlunjur


= Membuat sesuatu kerja sebelum tiba masanya.


3.       Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak


= Membuat kerja lain sementara menunggu kerja tetap.


4.       Biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati.


= Biar miskin atau hodoh seseorang itu asal baik hati budinya.


5.       Biar lambat, asal selamat.


= Membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan teliti dan berhati-hati.


6.       Biar mati anak, jangan mati adat.


= Anak yang melanggar adat, pasti dihukum.


7.       Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.


= Rahsia hendaklah disimpan dengan baik.


8.       Biar putih tulang, jangan putih mata.


= Biar mati daripada mengalah.


9.       Biar tersalah kain, jangan tersalah cakap.


= Mestilah berhati-hati ketika bercakap.


10.   Biar titik, jangan tumpah.


= Biar rugi sedikit asal jangan rugi banyak.


11.   Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali.


= Buatlah baik secara sederhana tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.


12.   Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.


= Berhati-hatilah ketika bercakap tentang orang lain.


13.   Cermat semasa banyak, jimat semasa sikit.


= Beringat-ingat ketika menggunakan wang.


14.   Daripada hidup bergelumang tahi, baiklah mati bertimbun bunga.


= Jika hidup dipenuhi dosa, lebik baik mati dengan meninggalkan nama.


15.   Duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang.


= Pendapat ramai adalah baik daripada pendapat seorang.


16.   Genggam bara api biar sampai jadi arang.


=Melakukan perkara yang susah mestilah bersabar sehingga mendapat nikmatnya.


17.   Hempas tulang, berisi perut.


= Orang yang rajin bekerja senang mendapat rezeki.


18.   Hendak belajar berenang carilah itik, hendak belajar memanjat carilah tupai.


=Belajarlah sesuatu yang kita ingin tahu dengan orang yang pandai tentang perkara itu.


19.   Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.


=Hendaklah berhati-hati sebelum kita menyesal.


20.   Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.


=Makin senang atau makin berjaya seseorang itu semakin sombong ia.


21.   Jangan bercermin di air yang keruh.


= Perbuatan yang tidak baik jangan diikut.


22.   Jangan dibiar cacing naik ke mata.


= Kelakuan yang melampau tidak boleh dibiarkan.


23.   Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit.


= Setiap kerja yang dibuat hendaklah diselesaikan.


24.   Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk.


= Setiap pekerjaan yang baik jangan dilambat-lambatkan.


25.   Kusut di hujung, lari ke pangkal.


= Apabila tiba di jalan buntu, haruslah balik ke punca.


26.   Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.


=Sesuatu yang nampak baik jangan terus diterima dan yang nampak buruk jangan lekas dibuang.


27.   Lembu dogol jangan dibalun.


=Jangan diganggu orang yang tidak melawan kerana kalau diganggu dan ia marah buruk padahnya.


28.   Mamah dahulu sebelum ditelan.


= Perkara yang dilakukan hendaklah mengikut peraturannya.


29.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.


= Kita mestilah sesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling.


30.   Nak kaya berdikit-dikit, nak tuah bertabur urai.


= Jika pandai berjimat hidup akan senang.


31.   Ombak yang kecil jangan diabaikan.


= Jangan ambil mudah perkara yang kecil.


32.   Orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang.


= Nasib kurang baik yang menimpa seseorang jangan kita ejek kerana kita tidak tahu nasib kita pula.


33.   Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.


= Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha.


34.   Pipit sama enggang, mana boleh terbang sama.


= Seseorang itu hanya sesuai berkawan dengan orang yang setaraf dengannya.


35.   Pukul anjing tak pandang tuannya.


= Apabila terdesak seseorang itu hilang takut.


36.   Sarang tebuan jangan dijolok.


= Jangan mencari susah atau bahaya.


37.   Sediakan payung sebelum hujan.


= Bersedia sebelum ditimpa kesusahan.


38.   Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


= Kerja yang dilakukan dengan sabar,lama-lama berhasil juga.


39.   Segan berkayuh perahu hanyut.


= Orang yang malas berusaha tentulah susah hidupnya.


40.   Tak dapat tegak, berengsot-engsot pun sampai juga.


= Sekiranya tidak dapat membuat kerja secara terus, buatlah sedikit-sedikit.


41.   Tak payah diajar itik berenang, ia sudah pandai juga.


= Melakukan pekerjaan yang sia-sia.


42.   Yang baik dipakai, yang buruk dibuang.


= Mestilah pandai memilih yang sesuai.









Jumaat, 21 September 2012

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA
1.    Abu Jahal = Orang yang selalu menghalang kerja-kerja yang baik
2.    Abu Nawas = Orang yang pandai mencari helah.
3.    Ada Gaya = Ada kemampuan untuk menandingi orang lain.
4.    Anak Bukit = Bukit kecil.
5.    Bawa Mulut = Menceritakan hal kepada orang lain.
6.    Bengkak Hati = Kecewa.
7.    Beri Muka  = Membiarkan sahaja seseorang itu membuat sesuatu.
8.    Besar Gajah =  Sudah dewasa.
9.    Bidan Terjun = Orang yang dipilih menggantikan orang lain secara tiba-tiba.
10. Buaya Darat = Lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanitanya.
11. Buka Mata = Ambil tahu.
12. Buku Lima = Tangan yang digengam.
13. Buta Ayam = Rabun pada waktu senja.
14. Curi Masa = Menggunakan masa untuk hal orang lain.
15. Dalam Tangan = Mesti dapat.
16. Dapat Angin = Mendengar desas-desus.
17. Dapat Bahagian = Kena pukul.
18. Darah Raja = Keturunan raja.
19. Detik Hati = Kata-kata yang timbul di dalam hati.
20. Dosa Kering = Kesalahan yang sangaja dilakukan.
21. Fikir Masak-Masak = Fikir sesuatu dengan teliti.
22. Fikiran Sempit = Seseorang yang cetek fikirannya.
23. Fikiran Tajam = Dapat memahami sesuatu.
24. Garam Jatuh Ke air = Nasihat yang dipatuhi.
25. Gatal Mulut = Menceritakan keburukan orang.
26. Gatal Tangan = Suka membuat kerja-kerja yang tidak perlu.
27. Gelap Mata = Hilang pertimbangan.
28. Hati Batu = Degil.
29. Hati Emas = Baik hati.
30. Hati Perut = Perasaan seseorang.
31. Hati Tikus = Pengecut , penakut.
32. Hidup-hidup = Benar-benar.
33. Jalan Buntu = Gagal untuk selesaikan masalah.
34. Jauh Hati = Merajuk.
35. Jiwa Besar = Semangat dan cita-cita yang tinggi.
36. Kering Gusi – Ketawa tidak henti-henti.
37. Ketam Batu = Terlalu kedekut.
38. Kucing Bertanduk = Perkara yang mustahil berlaku.
39. Kutu Embun = Orang yang suka bersiar-siar sehingga jauh malam.
40. Kutu Jalan = Orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan.
41. Lancang Mulut = Biadap.
42. Langkah Bendul = Berkahwin dahulu daripada adik-beradik yang lebih tua.
43. Lidah Biawak = Kata-kata yang tidak dapat dipercayai.
44. Luar Pagar = Seseorang yang tidak berkaitan.
45. Makan Angkat =Suka dipuji.
46. Makan Garam = Orang yang lebih berpengalaman.
47. Makan Suap = Menerima rasuah.
48. Makan Tanggung = makan secara percuma.
49. Malam Buta = Sudah jauh malam.
50. Mandi Kerbau = Mandi dengan tidak mencuci badan.
51. Manis Muka = Muka yang tersenyum.
52. Masuk Akal = Dapat diterima akal.
53. Masuk Jawi = Bersunat, berkhatan.
54. Mata Air = Kekasih.
55. Menjolok Mata = Perbuatan yang tidak sedap dipandang.
56. Nafsu Makan = Selera makan.
57. Orang Atas = Orang yang mempunyai pangkat tinggi.
58. Orang Rumah = Isteri.
59. Otak Udang = Bodoh, tidak cerdik.
60. Pasang Badan = Menghias diri.
61. Patah Kaki = Kehilangan kemudahan.
62. Pekak Badak = Sangat pekak.
63. Pening Lalat = Pening sedikit.
64. Pulang Modal = Tidak mendapat untung dan tidak mendapat rugi.
65. Puteri Lilin = Wanita yang tidak tahan berada dalam panas.
66. Putih Hati = Jujur dan ikhlas.
67. Rempah-ratus = Bermacam-macam.
68. Ringan Kepala =  Mudah memahami sesuatu yang diajarkan.
69. Salah Langkah = Kesilapan melakukan kerja.
70. Salah Orang = Bukan orang yang kita mahu.
71. Sambil Lalu = Kerja yang dilakukan tidak sepenuh hati.
72. Sejuk Hati = Perasaan tenang.
73. Senyum Sumbing = Senyum yang dibuat-buat.
74. Serkap Jarang = menuduh tanpa periksa.
75. Setengah Masak = Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.
76. Tabah Hati = Kuat semangat.
77. Tajam Akal = Cerdik.
78. Talak Tiga = Perceraian yang tidak boleh dirujuk.
79. Tali Barut = Orang yang menjadi penyampai rahsia.
80. Tanda Mata = Cenderamata.
81. Tangan Terbuka = Suka menolong.
82. Telinga Lintah = Orang yang mempunyai pendengaran yang tajam.
83. Terang Hati = Senang memahami sesuatu.
84. Tolak Ansur = Saling menerima dan memberi
85. Tulang Belakang = Sesuatu yang menjadi punca kekuatan.
86. Tutup Mata = Tidak menghiraukan perkara yang berlaku.
87. Tutup Mulut = Tidak memberitahu.
88. Upah Seraya = Memberi upah untuk sagu hati atas bantuan ikhlas yang diberi.
89. Urut Dada = Terkejut apabila melihat sesuatu yang tidak disukai.
90. Zaman Atom = Zaman moden.
91. Zaman Bahari = Zaman purba.
92. Zaman pancaroba = Zaman dalam kesusahan.
93. Ajak-ajak ayam = Pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.
94. Akal Kancil = Orang yang mempunyai muslihat yang licik.
95. Angkat Bahu = Tidak tahu.
96. Angkat Bakul = Bersikap sombong.
97. Berat Hati = Tidak sampai hati.
98. Gila Bayang = Cinta akan seseorang yang tidak melayaninya.
99. Jalan Darat = Alat perhubungan di darat.
100.              Lari-lari anak = berlari perlahan-lahan.