Ahad, 6 Januari 2013

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).

 

1.    Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120  patah perkataan . ( tulis di bahagian  bawah sebelah kanan ).

2.   Perenggan- 5/6 perenggan.

1 Perenggan- Pendahuluan.

3/4 Perenggan- Isi/huraian

1 Perenggan- Penutup.

3.   Jumlah isi- 3   /   4  isi sahaja.

4.   Sintaksis- ringkas & padat.

5.   Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih 

 ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru  dll ).

6.   Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan

      ditentukan   berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.

7.   Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah  pelajar akan

     ditolak.

8.   Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20

       markah ).

-     Ayat yang gramatis.

-     Kosa kata yang luas dan tepat.

-     Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.

-     Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.

-     Isi menepati kehendak soalan

-     Huraian isi matang dan berkembang.

-     Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

 

PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

 

a.   Cara membuat pendahuluan. ( 2&3  ayat sahaja ).

Hendaklah membincangkan  tajuk bahan rangsangan yang diberikan.

Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang  berkaitan dengan kehendak soalan.

 

b. Cara menulis isi karangan.

          Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN  +CONTOH.

          Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan  penanda
           wacana.

 

c.  Cara penulisan penutup.

    Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan,  bagi keseluruhan

     isi yang  terkandung  dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan