Ahad, 6 Januari 2013

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN


Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).

 

Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan
soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. (2 markah )

 

Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah

Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan  yang tepat. ( 4 markah )

 

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda……..

2 isi  perlu dikemukakan. ( 4 markah ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan