BAHAGIAN C (
KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.
1. Jumlah perkataan-
Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis
di bahagian
bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6
perenggan.
1 Perenggan-
Pendahuluan.
4 Perenggan-
Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,
hasil kajian dll
hasil kajian dll
1 Perenggan-
Penutup.
3. Jumlah isi- 3 /
4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas &
padat.
5. Mesti ada 3 penanda
wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru,
Di samping itu, dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan
keseluruhan dan markah karangan akan
ditentukan berdasarkan gred markah yang telah
ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa
akan menyebabkan markah pelajar akan
ditolak.
PEMBINAAN
KARANGAN.
Contoh Soalan
– Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh
berulang.
i. Cara
menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan
sahaja.
- Gambaran awal tentang
karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang
hendak dikemukakan dengan pernyataan yang
merangsang pemikiran dan
menarik perhatian pemeriksa.
- Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan
angka sesuatu
peristiwa, persoalan berjawab dll.
peristiwa, persoalan berjawab dll.
Contoh
pendahuluan-
Kejadian tanah
runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang
terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari
menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang
patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing
dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari
jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
ii. Cara menulis
isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI
UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
- Setiap perenggan mesti ada
pertalian dengan menggunakan penanda
wacana.
- Pastikan tidak berlaku pengulangan
isi.
- Formula ( Isi Utama + Mengapa /
Bagaimana + Kesan/
Contoh )
Contoh Isi
karangan
Selain itu,
pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal
ini demikian
kerana tanah di kawasan tersebut mudah
runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini
membahayakan nyawa sesiapa saja
yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa.
Yang terbaharu, kejadian di
Bukit Antarabangsa tahun
2009 juga telah merosakkan banyak
harta benda.
iii. Cara
menulis penutup karangan
- Buat satu rumusan atau
kesimpulan yang anda huraikan.
- Jangan ulangi fakta
yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan
utama +
Bagaimana + Kesan )
Contoh-
Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Soalan
karangan yang popular.
1. Soalan berbentuk
pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak
Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan
Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk
Peribahasa.
6. Karangan
Cereka/keperihalan.
7. Karangan
Syarahan/perbahasan
Terima kasih ..mohon untuk di copy ^_^
BalasPadam