TING 1

KOMSAS TING 1
SINOPSIS

NOVEL : BUKAN DUNIAKU

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe.  Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan  Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa  dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.           

Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang menemani Halim  ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.




Tema
Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.



Persoalan
1.Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco-konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
2.Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati. Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah kepadanya.
3.Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain demi kepentingan diri. Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga petak letak kereta dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka.
4.Semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
5.Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah. Fariz bijak menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan konco-konconya.
6.Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah. Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.



Watak dan Perwatakan
1.Watak utama dalam novel ini ialah Halim.
2.Watak sampingan terdiri daripada Saleh, Abang Joe/Johari, Fariz, ayah Halim, ibu Halim, ayah Saleh, ibu Saleh/Mak Minah, dan Mak Esah.

Halim
a.Halim anak tunggal dalam keluarga.
b.Halim berusia 15 tahun.
c.Halim terlalu mengikut kata hati. Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
d.Halim mudah terpedaya. Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap  remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
e.Halim rajin bekerja. Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya.
f.Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
g.Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.

Saleh
a.Saleh merupakan anak sulung dalam keluarganya.
b.Saleh memahami kesulitan hidup keluarganya.
c.Saleh anak yang rajin. Setiap nhari dia membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah.
d.Saleh penyayang. Saleh amat sayang akan keluarganya sehingga dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Saleh juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan demi membela nasib mereka sekeluarga.
e.Saleh mudah termakan pujuk rayu orang yang tidak dikenalinya.Saleh membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh olehkata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
f.Saleh mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dia sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Abang Joe/Johari
a.Abang Joe ketua sindiket haram. Dia mempengaruhi renmaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah supaya melakukan kerja-kerja haram untuknya seperti mencuci kereta, menjaga tempat letak kereta dan sebaginya.
b.Abang Joe pandai memperdayakan golongan remaja. Abang Joe pandai memperdayakan Halim dan Saleh. Dia berjanji untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu kota sedangkan tujuan sebenarnya hanya ingin memeras tenaga mereka.
c.Abang Joe kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe sanggup mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan-rakannya jika mereka ingkar akan arahannya.
d.Abang Joe licik dalam menjalankan kegiatannya. Dia sukar dikesan oleh pihak berkuasa walaupun sudah menjadi pengedar dadah utama di ibu kota.

Fariz
a.Fariz tinggi lampai, berkulit sawo matang, dan berambut pendek.
b.Fariz pemurah. Dia selalu membelanjai Halim makan di gerai yang berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta.
c.Fariz bijak menyembunyikan identitinya. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta padahal dia merupakan pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah.
d.Fariz berani. Fariz berani mempertahankan Halim ketika Abang Joe memarahi Halim kerana makan bersama-sama dengannya.
e.Fariz bertanggungjawab. Dia telah menjalankan tugasnya untuk menyiasat kes jenayah yang dilakukan oleh Abang Joe dengan baik sehingga Abang Joe dan konco-konconya berjaya diberkas.


Latar
Latar Tempat
1.Tempat cuci kereta-tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.
2.Bawah pokok-tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta.
3.Sebuah lorong di ibu kota-tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota. Di tempat ini Halim hampir-hampir disamun oleh bberapa orang lelaki. Di sini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe yang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun.
4.Pondok usang-di pondok ini Halim dan rakan-rakannya yang senasib dengannya ditempatkan. Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah masing-masing. Mereka ke bandar sehingga akhirnya termasuk dalam perangkap Abang Joe.
5.Rumah Halim-tempat tinggal Halim sekeluarga. Di rumah ini Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.
6.Rumah Saleh-tempat tinggal Saleh sekeluarga. Di rumah inilah ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Di rumah ini jugalah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia sanggup berhenti sekolah. Malah, Saleh turut memberitahu ayahnya tentang hasratnya yang ingin mencari pekerjaan di bandar demi membela nasib mereka sekeluarga.
7.Gerai makan-gerai ini terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta. Di sinilah Fariz membelanji Halim makan.
8.Sebuah pondok usang yang lain-Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai tempat menyimpan dadah. Di sini jugalah Halim dan Saleh dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berkawan dengan Fariz.

Latar Masa
1.Pada waktu siang-setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.
2.Pada waktu pagi-Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah.
3.Pada waktu malam-Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang.

Latar Masyarakat
1.Masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati. Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
2.Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinin. Keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja persekolahan Saleh.
3.Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga. Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela mereka sekeluarga.
4.Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan diri. Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Dia mengugut Halim dan rakan-rakannya supaya bekerja mencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta tanpa memberikan sebarang upah kepada mereka.
5.Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan Saleh apabila mereka cuba melarikan diri.
6.Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan.Halim dan Saleh tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah mereka termasuk dalam perangkap Abang Joe.
7.Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
8.Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap anak. Ibu bapa Halim sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap Halim.
9.Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah. Fariz dan beberapa orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang Joe dan konco-konconya yang menjalankan kegiatan haram seperti mengedar dadah dan memeras ugut.
10.Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan jenayah. Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah. Sebagai akibatnya, kesemua penjenayah terbabit telah dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.




NILAI

Kasih sayang. Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.
Tabah. Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
Rajin. Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.
Bersimpati. Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
Setia. Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Bijak. Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.
Baik hati. Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.
PENGAJARAN

Kita haruslah sayang akan keluarga kita. Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.
Janganlah bertindak terburu-buru. Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.
Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali. Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak berhati perut.
Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terabai. Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan. Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
Kita haruslah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah, Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.
Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras jenayah. Contohnya, Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah.
Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan. Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh





Sinopsis
Prosa Tradisional
Taju’l Muluk

Raja Zainu’l Muluk yang memerintah Syarqastan dalam keadaan gering. Menurut nujum, penyakit baginda akan sembuh sekiranya memperoleh bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga bakawali, kecuali Taju’l Muluk. Sudah lama merantau, putera baginda tidak juga kembali kerana termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati, yang pandai bermain catur menyebabkan Taju’l Muluk pergi mencari.

Taju’l Muluk bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya. Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju’l Muluk terpaksa mengaku seorang perempuan tua sebagai neneknya. Menurut nenek itu, kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur kerana memelihara seekor kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera diisyaratkan kepada kucing, kemudian kucing akan menggoyangkan kepalanya, lalu padamlah pelita itu. Ketika itulah tikus akan keluar mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda dapat mengalahkan berates-ratus orang raja.

Apabila mengetahui akan rahsia itu, Taju’l Muluk membeli seekor musang dan dajar anak musang itu. Apabila dia memetik tangan, keluarlah musang itu. Dengan menggunakan kuda dan memakai pakaian lengkap, Taju’l Muluk pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati. Puteri Jenuh Hati melayan kedatangan Taju’l Muluk dengan baik. Kemudian Taju’l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur. Dalam pusingan pertama, Taju’l Muluk kalah. Ketika pusingan kedua, Puteri Jenuh Hati hamper kalah, lalu baginda member isyarat   kepada kucing, menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju’l Muluk kemudian member isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenuh Hati tidak dapat menipu, baginda kalah teruk di tangan Taju’l Muluk.

Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju’l Muluk membuat pertaruhan dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya, jika dia kalah, baginda boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya baginda yang kalah, dia akan mengambil semula harta yang tinggal milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada Taju’l Muluk. Dia kemudian menceritakan tujuan dia datang ke mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju’l Muluk dibebaskan.

Menurut cerita Puteri Jenuh Hati, Bakawali merupakan anak raja yang besar kerajaannya. Di dalam taman piteri itu terdapat sebuah kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang dicari Taju’l Muluk selama ini. Untuk mencari kekuatan, Taju’l Muluk menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Dengan semangat yang kuat, Taju’l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya Taju’l Muluk menemui raksasa dan dia terpaksa berbaik-baik dengan raksasa tersebut. Dengan bantuan raksasa, jin telah membawa Taju’l Muluk terbang menemui Dewi Hamalah. Taju’l Muluk menunjukkan surat yang ditulis oleh raksasa. Apabila jin itu pulang, Dewi Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

Nilai
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Taju’l Muluk kasih akan ayahandanya menyebabkan dia pergi merantau untuk mendapatkan bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat disembuhkan. Seterusnya baik hati, contohnya perempuan tua yang dianggap penghulu mahligai Puteri Jenuh Hati telah melayan Taju’l Muluk dengan baik dan menganggap Taju’l Muluk seperti cucunya sendiri. Akhir sekali keberanian, contohnya Taju’l Muluk seorang yang berani, antaranya sanggup berhadapan dengan raksasa.

Pengajaran
Pengajaran daripada petikan ialah kita perlulah berkorban terhadap darah daging sendiri, contohnya Taju’l Muluk sanggup menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan saudaranya yang diculik Puteri Jenuh Hati dapat dibebaskan dan ayahandanya yang gering dapat disembuhkan. Seterusnya kita hendaklah jujur dalam setiap tindakan, contohnya yang ditunjukkan oleh Puteri Jenuh Hati yang menggunakan tipu muslihat untuk menang dalam permainan catur janganlah diikuti. Akhir sekali kita sewajarnya bijak menggunakan akal ketika menghadapi kecemasan, contohnya Taju’l Muluk menggunakan tipu muslihat apabila berhadapan dengan raksasa yang sebesar gunung yang mahu memakannya.





Sinopsis
Prosa Tradisional
Maharaja Keinderaan

Bab 1
Betara Angkasa Indera Dewa seorang raja yang gagah dan memiliki kerajaan yang besar. Setelah memohon kebenaran daripada Betara Guru, baginda pun turun ke dunia bersama isterinya.

Bab 2
Maharaja Indera memerintah Anta Beranta, sebuah kerajaan yang besar. Pada satu hari Angkasa Indera Dewa menghadap Maharaja Indera dalam keadaan tubuh yang compang-camping. Melihat keadaan Angkasa Indera Dewa itu (Si Miskin), orang ramai mengetawakannya dan melontar tubuhnya dengan kayu dan batu, sehinggakan tubuh baginda berdarah. Raja mengusir Si Miskin dari istana.
Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, dia mencari makanan dalam timbunan sampah. Bersama isterinya, mereka makan daun taruk kayu, ketupat, dan tebu yang besi. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Betara Karma Jaya, yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan).
Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam memakan buah mempelam yang ada dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar, tetapi tidak diterima oleh isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda mengizinkan diambil buah tersebut. Isteri Si Miskin berasa gembira kerana hajatnya telah dipenuhi. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat dalam taman raja juga. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin.

Bab 3
Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberikan nama Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika mengali untuk membina pondok. Si Miskin telah menemui tempayan besar yang mengandungi emas. Pada hari yang lain, ketika dia sedang memangku anaknya, dia mengatakan sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Manakala namanya ditukar kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya diberikan nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan diberikan nama Tuan Puteri Nila Kesuma.

Nilai

Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan menemui Maharaja Indera Dewa untuk memperoleh mempelam dan buah  nangka. Seterusnya tanggungjawab, contoh Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal. Selain itu hemah tinggi, contohnya Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa.

Pengajaran

Antara pengajaran ialah kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua, contoh yang ditunjukkan oleh Betara Angkasa Indera Dewa yang tidak mendengar nasihat Betara Guru bahawa hidup di dunia ini akan mengalami kesusahan, janganlah diikuti. Selain itu kita hendaklah mengasihi isteri kita, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan berusaha mendapatkan buah mempelam dan nangka. Akhir sekali pemerintahan perlu bersikap adil terhadap rakyat, contohnya Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.




Sinopsis
Prosa Tradisional
Budi Baik Seorang Bapa Angkat

Kemangkatan Tuanku Si helang Laut dan permaisurinya di Bandar Mengkalih menyebabkan anaknya Awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjang. Kemudian Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Awang dapat membaca hingga khatam pada malam ketujuh. Seterusnya Awang Awang Sulung diajar belajar ilmu bahasa akal dan bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya.

Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh bapa saudara yang memeliharanya, Datuk Batin Alam. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang. Setelah sembuh daripada khatan, tukang mengasah gigi di panggil ke istana. Baja kayu disapukan ke gigi Awang Sulung menjadikan sesiapa yang terpandang wajah Awang Sulung akan terpikat.

Nilai
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Datuk Batin Alam amat mengasihi anak saudaranya Awang Sulung Merah Muda menyebabkan perhatian dan segala ilmu diberikan kepada kanak-kanak itu. Selain itu tanggungjawab, contohnya Datuk Batin Alam memberikan pendidikan hal berkaitan dunia dan akhirat kepada Awang Sulung Merah Muda. Akhir sekali ketaatan, contohnya Awang Sulung Merah Muda taat kepada arahan bapa saudaranya kerana dia mengetahui tindakan bapa saudaranya untuk kebaikannya juga.

Pengajaran
Pengajaran yang diperolehi ialah kita perlu bertanggungjawab terhadap saudara yang terdekat, contohnya Datuk Batin Alam mengambil keputusan memelihara Awang Sulung Merah Muda setelah kedua-dua orang tua kanak-kanak itu meninggal dunia. Selain itu kita hendaklah memberikan ilmu yang secukupnya kepada anak-anak, contohnya Datuk Batin Alam memberikan ilmu dalm hal berkaitan dunia dan akhirat  kepada anak angkatnya, Awang Sulung Merah Muda. Akhir sekali seorang anak perlu patuh kepada kedua-dua orang tua, contohnya Awang Sulung Merah Muda patuh setiap arahan dan nasihat bapa angkatnya, Datuk Batin Alam



Cerpen - Kasut Kelopak Jantung
ANALISIS KOMSAS CERPEN
“KASUT KELOPAK JANTUNG”
Oleh: DR. GHAZALI LATEH

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.



Tempang
Sinopsis

Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati. Pertengkeran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi.

Nilai
Antara nilai murni ialah hemah tinggi, contohnya Hafizi tetap bersikap rendah diri walaupun daripada keluarga berada dan selalu dihina oleh Kamil. Selain itu keberanian, contohnya Hafizi sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas. Seterusnya baik hati, contohnya Raja selalu mendampingi dan memberi semangat kepada Hafizi. Akhir sekali tanggungjawab, contohnya Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee bersama-sama muridnya ketika pergi berkelah.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita jangan suka menghina atas kekurangan orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Kamil yang selalu menghina Hafizi janganlah diikuti. Selain itu kita perlu bersikap pemaaf, contohnya Hafizi memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Kamil. Seterusnya guru hendaklah selalu memberikan motivasi kepada anak-anak muridnya, contohnya Cikgu Lee menekankan kepada anak muridnya akan kepentingan berusaha jika ingin berjaya. Akhir sekali kita perlu mengambil tindakan yang cepat, contohnya Hafizi cepat menyelamatkan Kamil daripada lemas.




Tukang Lama
Sinopsis

Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus di sekolah Seni Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap kerja-kerja membina rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk rumah berkelepak dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib, hanya membina reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah selalu meleterinya.

Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan Mamat. Setelah selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan upah sebanyak RM 10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina terhadap kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang akan dimarahi oleh isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah memberitahu ada orang merisik anaknya, Si Timah. Apabila diberitahu calon menantunya ialah Manas, hati Pak Talib berbunga keriangan.

Nilai Murni
Nilai murni daripada cerpen ialah berdikari, contohnya Pak Talib meneruskan kerjanya sebagai tikang membina rumah. Selain itu tanggungjawab, contohnya Pak Talib bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarganya. Akhir sekali kasih sayang, contohnya Pak Talib dan Mak Lamah berasa gembira kerana anaknya Si Timah sudah dirisik oleh keluarga Manas.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu mengikuti perkembangan semasa untuk dihargai oleh masyarakat, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Talib yang kekal dengan reka bentuk lama dalam pembinaan rumah janganlah diikuti. Selain itu masyarakat perlu menghargai kerja berdasarkan kualiti dan masa yang diambil, contohnya yang ditunjukkan oleh Mamat dengan memberi upah sebanyak RM 10.00 setelah Pak Talib menyiapkan reban tidak patut dicontohi. Akhir sekali kita hendaklah bersikap baik dengan orang lain, contohnya walaupun Manas memberikan persaingan kepada Pak Talib, tetapi dia tidak pernah membenci lelaki itu.




Yuran
Sinopsis

Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak Jah untuk membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi kerana tiada wang. Di sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin membayar yuran sukan dan yuran PMR esok. Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil keputusan ponteng sekolah.

Ketika dia desang melihat permainan video, dia dilanggar dari arah sisi oleh seseorang, menyebabkan buku dalam begnya bertabur. Seorang wanita menjerit meminta pertolongan. Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah. Amin segera mengejar pemuda ditu dan berjaya menangkap lelaki itu. Anggota polis segera memberkas pemuda tersebut.

Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya dikatakan ponteng sekolah, Amin segera meninggalkan wanita itu. Apabila Amin tiba di rumah dan melihat Amin tidak membawa beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng sekolah. Ketika Mak Jah sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul dengan keretanya. Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah. Kemudian wanita tersebut menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin. Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan cita-citanya.

Nilai Murni

Antara Nilai murni ialah keberanian, contohnya Amin berani menangkap pemuda yang meragut beg seorang wanita. Selain itu hemah tinggi, contohnya Mak Jah tidak segera menerima pemberian wang daripada wanita yang ditolong oleh anaknya, sebaliknya pada peringkat awal ditolak secara baik. Akhir sekali kesyukuran, sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada wanita menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga Amin.

Pengajaran

Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu memahami masalah yang ditanggung oleh orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Cikgu Arsad yang mendesak Amin membayar yuran tidak patut diikuti. Selain itu kita hendaklah mengutamakan pelajaran, contohnya yang ditunjukkan oleh Amin yang ponteng sekolah janganlah diteladani. Seterusnya kita seharusnya membalas jasa orang, contohnya wanita itu memberikan sagu hati kepada keluarga Amin kerana Amin pernah menolongnya.



Trauma Embah
Sinopsis

Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin. Ibu berasa gembira apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi masa terluang, ibu menjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00. Perniagaan berbentuk ”parti serbaneka” dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu belajar setakat darjah enam dan disuruh kahwin dengan abah yang bertugas sebagai guru.

Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala embah akan membantu mengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya membesarkan lima orang anak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua. Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak cik penulis. Sejak embah tiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan.

Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman. Kemudian embah ke Kuala Lumpur lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu berulang alik  ke Kuala Lumpur. Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal dunia, embah dibawa pulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun tinggal di kota.

Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu malam, embah mengigau dan menyebut ”budak itu”. Sebenarnya embah masih trauma tentang kematian dua anaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam panas dan seorang lagi berusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah menyimpan penderitaan di dalam jiwa kerana datuk melarang embah menangis. Kesabaran ibu telah menginsafkan penulis untuk menjadi seorang anak yang dapat menjaga ibunya satu hari nanti.

Nilai Murni
Nilai murni cerpen ialah kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang uzur dengan penuh kasih sayang. Selain itu berdikari, contohnya ibu tidak terlalu mengharapkan wang daripada suaminya, sebaliknya berniaga untuk menambahkan pendapatan. Seterusnya tanggungjawab, contohnya datuk bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara keluarganya. Akhir sekali ketaatan, contohnya embah akur dengan kata-kata datuk dan tidak sesekali dia membantah.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menjaga ibu kita dengan penuh kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang nyanyuk dengan penuh kasih sayang. Seterusnya kita hendaklah mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya ibu berniaga dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang untuk menambahkan pendapatan. Selain itu kita wajib mengutamakan pendidikan, contohnya yang ditunjukkan oleh datuk yang merang ibu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah janganlah diikuti. Akhir sekali kita perlu menjadikan pengalaman sebagai penduan hidup, contohnya penulis menginsafi akan pengorbanan ibunya menjaga embah dan berazam untuk menjaga ibunya dengan baik satu hati kelak.



Sepucuk surat daripada kawan
Sinopsis

Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis  dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima jam.

Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya.

Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.

Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah baik hati, contohnya penulis melayan Abe dengan baik ketika Abe tinggal bersama-samanya. Selain itu berdikari, contohnya Abe tinggal bersama penulis, sedangkan keluarganya berada di Kelantan. Akhir sekali memanfaatkan waktu, contohnya sejak kedatangan Abe, penulis lebih banyak mengulang kaji pelajaran dan ke perpustakaan, tidak lagi bersama Zul dan Fadli.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menghargai kunjungan rakan lama, contohnya penulis berbesar hati dan melayan dengan baik kedatangan Abe dari Kelantan. Selain itu kita hendaklah bersikap terus terang, contoh yang ditunjukkan oleh Abe yang merahsiakan penyakitnya membuatkan penulis tertanya-tanya janganlah diikuti. Akhir sekali kita wajar membantu orang yang dalam kesusahan, contohnya penulis membawa Abe pulang ke rumah apabila Abe mengadu sakit.




Drama
Surat untuk Ina
Sinopsis

Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama Zalina dengan  lebih lanjut. Jais mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat tanpa meletakkan nama dan dalam surat itu dinyatakan ingin berkenalan dan bersahabat. Badar memberitahu agar Zali menyatakan keinginannya berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan agar meletakkan surat itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu. Apabila Zalina muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina.

Zali telah meletakkan  surat di dalam meja Zalina. Kini dia sedang menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba Zalina mengajak Fatimah bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya jangan mengaku dan Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu kepada guru.

Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid mengeluarkan buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil mendapati tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina kepadanya. Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak mengambil tindakan terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan Zali.

Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah saling memaafkan, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya kerana dia tidak mahu memanjang-manjangkan kisah tersebut. Selain itu rasional, contohnya Cikgu Halil mengambil tindakan yang tepat dengan mengesan tulisan penulis surat menerusi buku latihan dan karangan. Akhir sekali kejujuran, contohnya Zali akhirnya mengakui dia yang menulis surat kepada Zalina.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menyerahkan kepada guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan disiplin, contohnya Zalina menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil untuk guru itu mengambil tindakan. Selain itu kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya. Akhir sekali kita wajar memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah, contoh yang ditunjukkan oleh Zali, Jais dan Badar yang suka berborak kosong janganlah diikuti.



Arah ke mana
Sinopsis
Haji Pakir menegur sikap isterinya, Hajah Derisah yang memanjakan anaknya, Rohani. Bagi Hajah Derisah, anak daranya itu sudah besar dan tahu menjaga diri. Bagi Haji Pakir, terlalu memanjakan anak buruk padahnya. Walaupun Rohani sudah berjaya dalam pelajaran, tetapi ilmu agama perlu diberikan perhatian. Ketika suami isteri bertengkar, Rohani pulang. Haji Pakir melayan Rohani dengan baik tetapi Rohani bersikap biadap. Haji Pakir ingin tahu hala tuju Rohani hari itu, tetapi bagi Rohani ayahnya terlalu mengambil tahu hal peribadinya, malah sikap ayahnya menyekat kebebasannya dan berfikiran kolot. Haji Pakir membangkitan pergaualan Rohani yang kerterlaluan. Pertengkaran itu berakhir dengan Rohani mahu keluar dari rumah itu. Perbuatan Rohani yang terlibat dalam najis dadah telah menyebabkan dia meninggal dunia. Di tanah perkuburan, Haji Pakir dan Hajah Derisah mengakui kesilapan yang dilakukan oleh mereka dalam mendidik anak.

Nilai murni
Nilai murni menerusi drama ialah kasih sayang, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah teramat menyayangi anaknya, sebab itu keterlanjuran anaknya dalam kehidupan telah ditegur oleh bapanya. Selain itu keinsafan, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah insaf atas kesilapan mereka dalam mendidik anak sehinggakan anak mereka mati terjebak dalam najis dadah.

Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita, contoh yang ditunjukkan oleh Rohani yang biadap terhadap ayah dan ibunya janganlah diikuti. Selain itu setiap ibu bapa hendaklah mengimbanginya antara akademik dan akhirat dalam mendidik anak, contoh yang ditunjukkan oleh Haji Pakir dan Hajah Derisah yang mengutamakan akademik dan kurang menekankan soal akhlak dalam mendidik Rohani janganlah dicontohi. Akhir sekali kita wajib mengakui ajal maut ketentuan Allah, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah menerima ketentuan Ilahi bahawa anaknya sudah meninggal dunia.





Mendung Hitam Beralih Jua
Sinopsis
Pak Jusuh mengeluh apabila anaknya Jamilah meminta wang sebanyak RM75.00 untuk membayar yuran SPM, sedangkan pendapatannya sebagai nelayan tidak seberapa dan hutangnya di kedai Mutusami semakin  banyak. Mak Limah menegur sikap suaminya yang pernah menolak tawaran ke tanah rancangan. Akan tetapi bagi Pak Jusuh, nasib nelayan juga baik seperti Haji Dolah yang mempunyai rumah besar dan kereta. Ketika itu Mutusami datang dan meminta hutang daripada Pak Jusuh. Oleh sebab Pak Jusuh tidak mempunyai wang, radio miliknya menjadi cagaran.

Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan kesusahan hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar hidupnya boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah tuk penghulu pada esok hari.

Nilai murni
Nilai murni daripada drama ialah baik hati, contohnya Pak Seman mempelawa Pak Jusuh ke tanah rancangan agar nasibnya lebioh baik. Selain itu kerajinan, contohnya Haji Dolah gigih berusaha sebagai nelayan menyebabkan nasibnya lebih baik berbanding Pak Jusuh. Seterusnya rasional, contohnya Mutusami tidak berterusan mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Akhir sekali semangat bermasyarakat, contohnya Pak Seman mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya yang akan mengadakan kenduru doa selamat

Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah patut merebut peluang yang baik, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Jusuh pada mulanya menolak ke tanah rancangan janganlah diikuti. Selain itu kita perlu mengamalkan sikap tolak ansur, contohnya Mutusami tidak lagi mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Seterusnya kita wajib mengamalkan sikap bermasyarakat, contohnya Pak Jusuh menerima undangan Pak Seman untuk ke rumah menantu rakannya itu yang akan mengadakan majlis kenduri doa selamat. Akhir sekali kita perlu memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya Jamilah mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dalam kegiatan pertubuhan belia di balai raya kampungnya.


Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
Maksud Syair

Rangkap 1: Saudagar dan isterinya sakit dan tidak dapat bergerak selama tujuh hari (seminggu).

Rangkap 2: Saudagar sedar hari kematiannya akan tiba lalu baginda memanggil anakandanya dan mencium kepala anakanda sambil menangis.

Rangkap 3: Baginda berpesan agar anakandanya senantiasa menjaga tingkah laku.

Rangkap 4: Semua harta akan diserahkan kepada anakandanya itu.

Rangkap 5: Anakandanya perlu bijak mengurus harta pusaka yang banyak ditinggalkannya.

Rangkap 6: Jika harta tidak dapat diuruskan dengan baik, akan timbul kesusahan kelak.

Rangkap 7: Saudagar berpesan agar anakandanya berbudi bahasa dan menjaga kebajikan orang tua.

Rangkap 8: Orang lebih menghargai budi bahasa dan dipandang mulia daripada harta kekayaan.



Nilai

a)      Kasih sayang.

b)      Berbudi bahasa.

c)      Bijaksana.

d)      Amanah.

e)      Menghormati ibu bapa.



Pengajaran

a)      Kita seharusnya menjaga tingkah laku dengan baik.

b)      Kita wajarlah berbudi dan berbahasa dengan baik apabila berhadapan dengan sesiapa.

c)      Janganlah kita memandang harta sehingga mengabaikan tanggung jawab seama insan.

d)      Hindarilah sikap sombong dan tidak mahu bertegur sapa sesama masyarakat.

e)      Janganlah menyalahgunakan harta kerana bahagianya hanya seketika dan badan akan merana.

f)       Hormatilah ibu bapa dan jagalah kebajikan mereka.





Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman.

Maksud syair

Rangkap 1: Kemakmuran negeri Deli tua tiada bandingannya, pasarnya banyak serta meriah dan kotanya kukuh.

Rangkap 2: Raja Deli mempunyai tiga orang anak. Yang tua lelaki manakala yang kedua ialah perempuan yang sangat cantik.

Rangkap 3: Anakanda yang ketiga ialah lelaki. Parasnya cukup tampan dan diminati tidak kira tua atau muda.

Rangkap 4: Raja kematin isteri dan baginda enggan berkahwin lagi.

Rangkap 5: Ditakdirkan Tuhan, suatu hari raja jatuh akit.

Rangkap 6: Baginda terlalu sakit hinggakan badannya kurus. Banyak tabib yang datang untuk mengubatnya.

Rangkap 7: Tabib telah berusaha sungguh-sungguh, namun dengan kehendak Tuhan baginda belum sembuh.

Rangkap 8: Usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat.

Rangkap 9: Akhirnya baginda menghembuskan nafas yang terakhir.

Rangkap 10: Setelah mangkat, segala harta dan takhta terpaksa ditinggalkan dan diserahkan kepada penggantinya.



Nilai

a)      taat setia

b)      kasih ssayang

c)      Redha/pasrah

d)      Tabah

e)      Simpati



Pengajaran

a)      Rakyat haruslah memberikan taat setia kepada raja.

b)      Raja harus mengasihi rakyat dan begitulah sebaliknya.

c)      Sebagai insan, kita haruslah redha dn pasrah akan ketentuan takdir.

d)      Selagi ada hayat, kita haruslah tabah menghadapi segala ujian daripada Tuhan.

e)      Kita haruslah bersimpati terhadap orang lain yang sedang dalam kesakitan.

f)       Kita seharusnya sedar bahawa ajal dan maut itu ditentukan oleh Tuhan.





Sajak – Kian Kita Lupa.

Maksud sajak

Rangkap 1: Manusia semakin lupa pada sesusahan bangsa sendiri apabila dia mulai diulit kemewahan.

Rangkap 2: manusia semakin lupa pada penderitaan generasi terdahulu apabila dia bersikap riak dan berbangga dengan kesenangan yang sdang dinikmatinya.

Rangkap 3: Manusia semakin lupa pada azab akhirat apabila dia memperoleh nikmat yang banyak daripada Tuhan.

Rangkap 4: Manusia hanya tidak lupa untuk menyesali segala keterlanjurannya apabila dia ditimpa kesusahan dan kesedihan.



Nilai

a)      bersyukur. Contohnya, Tuhan mengurniakan kesenangan dan kemewahan untuk disyukuri.

b)      Bersederhana. Contohnya, kita tidak seharusnya terlalu berbangga dengan kemewahan yang dimiliki kerana kesusahan dan kesedihan akan muncul bila-bila masa.



Pengajaran

a)      Janganlah kita lupa diri apabila memperolehi kemewahan.

b)      Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat Tuhan.

c)      Kita hendaklah menghargai pengorbanan nenek moyang kita.

d)      Janganlah kita bersikap sombong dan bangga diri.

e)      Janganlah kita mengingati Tuhan ketika dalam kesusahan sahaja.

f)       Janganlah kita melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kita menyesal kelak.

g)      Kita hendaklah ingat bahawa kesenangan dan kemewahan harta benda bukanlah pelengkap kehidupan selama-lamanya.





Sajak – Lebah dan Madu.

Maksud sajak

Rangkap 1: Sekumpulan lebah sudah membuat sarang di pohon tualang. Lebah serangga yang cergas dan positif, iaitu sentiasa bekerjasama.

Rangkap 2: Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah menghasilkan madu yang berguna untuk manusia.

Rangkap 3: Kumpulan lebah itu menarik perhatian penyajak untuk menjadikan sebagai contoh, iaitu selalu berusaha dan berbuat jasa kepada semua.



Nilai

a)      Bekerjasama. Contohnya, lebah bekerjasama membuat sarang dan mengumpul madu.

b)      Rajin. Contohnya, lebah rajin membuat sarang dan mengumpulkan madu.

c)      Muafakat. Contohnya, lebah terdiri daripada golongan ratu dan pekerja yang sepakat melaksanakan kerja membuat sarang dan mengumpul madu.

d)      Insaf. Contohnya, penyajak bahawa dia menjadi insaf dan perlu mencontohi lebah yang berjasa kepada manusia.



Pengajaran

a)      Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

b)      Kita hendaklah bekerjasama sesama anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan taraf.

c)      Kita hendaklah hidup bermuafakat agar hidup kita aman dan harmoni.

d)      Kita hendaklah berbuat jasa selama hidup.





Sajak – Hari Akhir Persekolahan

Maksud sajak

Suasana emosi yang bercampur-baur pada hari akhir persekolahan. Ada pelajar faham bahawa ilmu yang dimiliki perlu disematkan dalam diri. Ada yang bersedih kerana berpisah dengan rakan-rakan dan guru. Malah, tidak kurang juga yang gembira kerana sudah bebas dari alam persekolahan dan sudah menginjak dewasa.



Nilai

a)      Mencintai ilmu pengetahuan. Contohnya, ada pelajar yang menyematkan ilmu dan pesanan daripada para guru.

b)      Kasih sayang. Contohnya, perasaan kasih  dan sayang kepada rakan-rakan dan guru menyebabkan ada pelajar yang bersedih dan menangis pada hari akhir persekolahan.

c)      Mengenang jasa. Contohnya, ada pelajar yang tetap mengingati pesanan guru-gurunya.



Pengajaran

a)      Janganlah kita lupa akan segala ilmu yang telah kita pelajari semasa di alam persekolahan.

b)      Kita seharusnya mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada rakan-rakan dan guru-guru.

c)      Kita seharusnya berani berhadapan dengan cabaran baru yang akan datang.

d)      Kita mestilah mengenang jasa dan menghargai guru-guru kita.





Sajak – Jangan

Maksud sajak

Rangkap 1: Penyajak tidak merelakan anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya.

Rangkap 2: Penyajak amat bersedih apabila anaknya dibawa lari. Dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya.

Rangkap 3: Penyajak yang kehilangan anaknya berazam untuk mencari anaknya itu walau di mana-mana sahaja pun.



Nilai

a)      kasih sayang. Contohnya, penyajak amat menyayangi anaknya dan tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu.

b)      Sabar. Contohnya, walaupun sedih dengan kehilangan anaknya, penyajak tetap bersabar dan tidak berbuat sesuatu yang tidak wajar.

c)      Keazaman. Contohnya, penyajak berazam untuk mencari anaknya hingga dapat dijumpai.



Pengajaran

a)      Kita hendaklah ingat bahawa kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya memang tiada bandingannya.

b)      Kita hendaklah saling mengasihi sesama keluarga.

c)      Janganlaha kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereka amat menyayangi kita.

d)      Kita seharusnya berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang kita hasratkan.





Sajak – Diari Lama.

Maksud sajak

Rangkap 1: perjuangan para pejuang dahulu amat hebat hingga menumpahkan darah.

Rangkap 2: Penyajak menyatakan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan rasa bangga. Penyajak mengharapkan negara akan makmur sampai bila-bila.



Nilai

a)      Pengorbanan. Contohnya, para pejuang terdahulu sanggup berkorban jiwa raga untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

b)      Perjuangan. Contohnya, para pejuang berjuang bersungguh-sungguh ketika menuntut kemerdekaan.

c)      Cinta pada negara. Contohnya, penyajak menyatakan rasa cintanya pada negara.

d)      Gigih. Contohnya, para pejuang gigih dalam perjuangan mereka.

e)      Mengenang jasa. Contohnya, penyajak mengenang jasa para pejuang kemerdekaan.



Pengajaran

a)      Kita haruslah berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kedaulatan negara.

b)      Janganlah kita lupa akan jasa dan perjuangan orang terdahlu yang membawa Malaysia ke aeah negara merdeka.

c)      Kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan di negara yang sudah mencapai kemerdekan, aman dan makmur.

d)      Kesedaran terhadap erti kemerdekaan sebenar penting disemat dalam jiwa anak-anak Malaysia supaya kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

e)      Kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air.





Sajak – Asap

Maksud sajak

Rangkap 1: Asap menyebabkan mata berair kerana pedih.

Rangkap 2: Asap menyebabkan manusia lemas.

Rangkap 3: Asap menyebabkan jantung sukar berfungsi.

Rangkap 4: Asap menimbulkan rasa hangat dan tidak selesa.



Nilai

a)      Kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa asap dan rokok membahayakan kesihatan.

b)      Prohatin. Contohnya, penyajak prohatin tenting kesihatan.



Pengajaran

a)      Janganlah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahayakan kesihatan semua pihak.

b)      Kita haruslah sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap.

c)      Kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam.