Baca petikan di bawah dengan teliti. berdasarkan petikan tersebut, tulis
suatu ringkasan tentang punca-punca remaja terjebak dalam gejala sosial.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebelakangan ini, pelbagai laporan tersiar tentang pembabitan remaja
dalam gejala penagihan dadah, rogol, curi, samseng sekolah, lumba haram dan
lepak. Tidak kurang juga remaja terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekolah dan
membuang bayi hasil hubungan haram. Dalam mencari pokok pangkal remaja
bermasalah itu, kita perlu menerima hakikat remaja hari ini menghadapi pelbagai
tekanan daripada keluarga dan persekitaran. Keluarga mengharapkan anak-anak
mencapai kejayaan, manakala persekitaran menggamit remaja untuk terlibat dalam pelbagai
perkara. Keadaan ini bertambah parah apabila remaja pada hari ini lebih
terdedah kepada pengaruh media massa, termasuk dari Barat yang membawa nilai
asing dan pengaruh tersendiri. Perlakuan ganas dan kejam yang dibawa terus ke
rumah melalui televisyen dan stesen satelit sememangnya mampu
memporak-perandakan remaja dan masyarakat kita. Keadaan diburukkan lagi apabila
ibu bapa masa ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama-sama dengan
anak-anak. Dalam desakan memenuhi tuntutan mencari nafkah dan mencukupkan wang,
ibu bapa keluar bekerja lantas tidak dapat meluangkan masa secukupnya dengan
anak mereka.
Selain itu, apabila ibu bapa membiarkan anak-anak menghabiskan masa
lapang mereka dengan rakan-rakan sebaya. Apabila remaja berada dalam kumpulan,
mereka suka melakukan perbuatan yang mencabar. Oleh itu, banyak kejadian
seperti vandalisme, peras ugut, buli , dan sebagainya yang dilakukan oleh
mereka. Tidak syak lagi jika keadaan sebegini dibiarkan, institusi kekeluargaan
bakal menjadi lemah dan rapuh, Di sinilah ibu bapa perlu tampil dan memainkan
peranan sebagai contoh kepada anak mereka. Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar
duit dan kemewahan hidup sudah pasti tidak ada masa untuk membina dan membentuk
sahsiah dan jati diri anak yang memerlukan belaian dan kasih sayang. Pendidikan
agama dan moral yang begitu tandus dalam kalangan remaja juga menjadi punca
mereka begitu rapuh untuk mengelakkan diri daripada gejala sosial, Aspek ini
perlu diberikan perhatian semula oleh ibu bapa demi memastikan anak mereka
bersiap sedia menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan sambil mengelakkan diri
terjebak dalam pelbagai gejala sosial.
Di sekolah pula, remaja semakin bosan untuk meneruskan pelajaran
lantaran ketidakmampuan otak mereka menerima pelajaran, Oleh sebab mereka
sering tidak memahami pengajaran guru dan kadangkala mereka malu jika dimarahi,
mereka bertindak untuk ponteng sekolah. Apabila mereka ponteng sekolah dan
menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, mereka akan
terdedah dengan pelbagai gejala yang negatif. Bagi mereka yang bercinta pula,
mereka begitu sensitif dan tidak boleh ditegur oleh ibu bapa. Mereka begitu
mudah tersinggung. Apabila berlaku perbalahan dalam keluarga atau cinta mereka
dilarang, mereka akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Sebagai
akibatnya, tindakan mereka itu telah menyebabkan mereka hendak lari daripada
mulut harimau, namun mereka terperangkap di dalam mulut buaya.
Soalan
pemahaman
1. Beri maksud rangkai kata pelbagai
perkara daripada petikan di atas?
2. Apakah kesan yang akan berlaku jika remaja terjebak dalam gejala sosial?
3. Beri pendapat anda, bagaimanakah caranya kerajaan menangani masalah gejala sosial ini?
2. Apakah kesan yang akan berlaku jika remaja terjebak dalam gejala sosial?
3. Beri pendapat anda, bagaimanakah caranya kerajaan menangani masalah gejala sosial ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan