LATIHAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID TINGKATAN 2 ARIF
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Soalan:
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang
faedah-faedah berkebun sayur. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan
Faedah-Faedah Berkebun Sayur
---Menyihatkan tubuh badan
---Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan
---Menjadi sumber pendapatan
---Membekalkan kita sayur-sayuran
Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan
yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan
secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
Melalui aktiviti berkebun sayur,
kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul,
menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu
berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.
Selain itu,
apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan.
Seandainya kegiatan
berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan
yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga.
Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran
yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja
dan racun serangga.
Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut
seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
( 129 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan