Bidalan
1. Baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang
= Merendah diri
2. Belum duduk sudah berlunjur
= Membuat sesuatu kerja sebelum tiba masanya.
3. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
= Membuat kerja lain sementara menunggu kerja tetap.
4. Biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati.
= Biar miskin atau hodoh seseorang itu asal baik hati budinya.
5. Biar lambat, asal selamat.
= Membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan teliti dan berhati-hati.
6. Biar mati anak, jangan mati adat.
= Anak yang melanggar adat, pasti dihukum.
7. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
= Rahsia hendaklah disimpan dengan baik.
8. Biar putih tulang, jangan putih mata.
= Biar mati daripada mengalah.
9. Biar tersalah kain, jangan tersalah cakap.
= Mestilah berhati-hati ketika bercakap.
10. Biar titik, jangan tumpah.
= Biar rugi sedikit asal jangan rugi banyak.
11. Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali.
= Buatlah baik secara sederhana tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.
12. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
= Berhati-hatilah ketika bercakap tentang orang lain.
13. Cermat semasa banyak, jimat semasa sikit.
= Beringat-ingat ketika menggunakan wang.
14. Daripada hidup bergelumang tahi, baiklah mati bertimbun bunga.
= Jika hidup dipenuhi dosa, lebik baik mati dengan meninggalkan nama.
15. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang.
= Pendapat ramai adalah baik daripada pendapat seorang.
16. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
=Melakukan perkara yang susah mestilah bersabar sehingga mendapat nikmatnya.
17. Hempas tulang, berisi perut.
= Orang yang rajin bekerja senang mendapat rezeki.
18. Hendak belajar berenang carilah itik, hendak belajar memanjat carilah tupai.
=Belajarlah sesuatu yang kita ingin tahu dengan orang yang pandai tentang perkara itu.
19. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
=Hendaklah berhati-hati sebelum kita menyesal.
20. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
=Makin senang atau makin berjaya seseorang itu semakin sombong ia.
21. Jangan bercermin di air yang keruh.
= Perbuatan yang tidak baik jangan diikut.
22. Jangan dibiar cacing naik ke mata.
= Kelakuan yang melampau tidak boleh dibiarkan.
23. Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit.
= Setiap kerja yang dibuat hendaklah diselesaikan.
24. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk.
= Setiap pekerjaan yang baik jangan dilambat-lambatkan.
25. Kusut di hujung, lari ke pangkal.
= Apabila tiba di jalan buntu, haruslah balik ke punca.
26. Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.
=Sesuatu yang nampak baik jangan terus diterima dan yang nampak buruk jangan lekas dibuang.
27. Lembu dogol jangan dibalun.
=Jangan diganggu orang yang tidak melawan kerana kalau diganggu dan ia marah buruk padahnya.
28. Mamah dahulu sebelum ditelan.
= Perkara yang dilakukan hendaklah mengikut peraturannya.
29. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
= Kita mestilah sesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling.
30. Nak kaya berdikit-dikit, nak tuah bertabur urai.
= Jika pandai berjimat hidup akan senang.
31. Ombak yang kecil jangan diabaikan.
= Jangan ambil mudah perkara yang kecil.
32. Orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang.
= Nasib kurang baik yang menimpa seseorang jangan kita ejek kerana kita tidak tahu nasib kita pula.
33. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
= Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha.
34. Pipit sama enggang, mana boleh terbang sama.
= Seseorang itu hanya sesuai berkawan dengan orang yang setaraf dengannya.
35. Pukul anjing tak pandang tuannya.
= Apabila terdesak seseorang itu hilang takut.
36. Sarang tebuan jangan dijolok.
= Jangan mencari susah atau bahaya.
37. Sediakan payung sebelum hujan.
= Bersedia sebelum ditimpa kesusahan.
38. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
= Kerja yang dilakukan dengan sabar,lama-lama berhasil juga.
39. Segan berkayuh perahu hanyut.
= Orang yang malas berusaha tentulah susah hidupnya.
40. Tak dapat tegak, berengsot-engsot pun sampai juga.
= Sekiranya tidak dapat membuat kerja secara terus, buatlah sedikit-sedikit.
41. Tak payah diajar itik berenang, ia sudah pandai juga.
= Melakukan pekerjaan yang sia-sia.
42. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang.
= Mestilah pandai memilih yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan