Isnin, 17 September 2012

LATIH TUBI PMR - NOVEL TING 3 - MERENANG GELORA

MERENANG GELORA
FOKUS NOVEL 2012
Soalan1:
Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoalan di atas?
 
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membenteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
            Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa Meng Kong.
            Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin untuk memberi denda kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
 
Soalan 2:
NILAI – KEGIGIHAN
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama, Badri gigih menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas yang menghadapi banyak cabaran.
            Selain itu, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang demikian Badri meminta izin untuk pulang awal.
            Akhir sekali, peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.
 
 
Soalan 3:
NILAI- KEBERANIAN
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama ialah Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
            Selain itu, peristiwa Badri berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya. Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.
            Akhir sekali, peristiwa Badri membawa Kumar ke guru disiplin kerana Badri mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.
 
Soalan 4:
NILAI- KASIH SAYANG
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama Badri mahu membahagiakan kedua-dua ibu bapanya sebagai tanda kasih saying mereka membesarkannya.
            Selain itu, peristiwa Siew Mei saying akan abangnya, Siew Mei berjumpa Badri di sebuah restoran untuk meminta bantuan agar abangnya tidak dibuang kerja oleh bapa Meng Kong.
            Akhir sekali, peristiwa Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak kerana diminta berbuat demikian oleh ibu bapanya.
 
Soalan 5:
PERWATAKAN WATAK UTAMA – BADRI SEORANG YANG BERANI
Berdasarkan novel :Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang berani.
            Peristiwa pertama ialah Badri berani membawa Kumar ke bilik guru disiplin kerana Badri mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.
            Selain itu, peristiwa Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
            Akhir sekali, peristiwa Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya. Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.
 
Soalan 6:
PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG GIGIH
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang gigih.
            Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.
            Selain itu, peristiwa gigih menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang menghadapi banyak cabaran.
            Akhir sekali, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang demikian, Badri meminta izin untuk pulang awal.
 
Soalan 7:
PERBANDINGAN WATAK-
            Watak utama- Badri
            Watak sampingan- Shahrul
Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.
            Perbandingan yang pertama ialah Badri seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah manakala Shahrul seorang yang tidak bertanggungjawab kerana dia telah meninggalkan Nadira ketika diserbu polis.
            Selain itu, Badri tidak suka berfoya-foya dan hidup bebas kerana tidak mendatangkan faedah kepadanya manakala Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama rakan-rakannya dan sering terlibat dalam lumba haram.
            Akhir sekali, Badri seorang yang rajin kerana dia selalu mengulang kaji pelajaran ketika peperiksaan SPM semakin hampir manakala Shahrul menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.
 
Soalan 8:
Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
Jawapan:
            Novel yang saya pilih ialah “Merenag Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
            Latar tempat yang pertama ialah di rumah Badri iaitu ibu Badri, Mak Siti menyediakan sarapan untuk keluarganya.
            Selain itu, di kompleks beli belah iaitu  tempat Shahrul, Kumar, dan Meng Kong melepak  selepas selesai sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
            Akhir sekali, ialah di kedai Encik Tan, ayah Meng Kong iaitu peristiwa Meng Kong mencuri telefon bimbit di stor kedai ayahnya untuk dijual  kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Meng Kong datang ke kedai ayahnya pada setiap hari Sabtu.
 
Soalan 9:
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
            Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini.
            Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya.
            Selain itu, masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
            Akhir sekali ialah masyarakat yang rajin belajar. Contohnya, Badri, Siew Mei, dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
 
 Soalan 10:
LATAR
MASA                         TEMPAT                    MASYARAKAT
 
Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar yang digunakan oleh pengarang seperti latar masa, tempat dan masyarakat.
            Latar masa dapat di lihat pada waktu pagi iaitu Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan keluarganya.
            Selain itu, latar tempat pula berlaku di tempat menunggu bas iaitu Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah
            Akhir sekali, latar masyarakat iaitu masyarakat guru yang tegas dan adil iaitu, Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid.
 
Soalan 11:
KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN.
Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah novel Tingkatan 3.
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialan “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan.
            Peristiwa yang pertama ialah Jamil kerap membantu ibunya menjual nasi lemak di gerai milik ibunya.
            Selain itu, peristiwa ketika Shahrul terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Badrul dan rakan-rakannay membantu Shahrul yang dihempap motosikal dan Badrul  menahan teksi untuk membawa Shahrul ke hospital.
            Akhir sekali peristiwa yang dapat dilihat ialah Badri sudi menolong Siew Mei ketika abangnya mahu dipecat oleh Meng Kong.
 
Soalan 12:

PENGAJARAN
KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP
KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN
KITA JANGANLAH MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH
 
 
 
 
 

Berdasarkan novel Tingkatan Tiga yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak pengajaran yang diutarakan oleh pengarang melalui novel ini.
            Antara pengajarannya ialah kita mestilah tabah menghadapi cabaran. Peristiwanya ialah Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas.
            Selain itu, kita mestilah prihatin atas kesusahan orang lain. Contohnya peristiwa yang dapat dilihat semasa Siew Mei meminta pertolongan daripada Badri untuk membantu abangnya agar tidak dibuang kerja.
            Akhir sekali, kita janganlah melanggar peraturan sekolah. Contohnya, Shahrul suka melanggar peraturan sekolah seperti menjual kad prabayar dan telefon bimbit kepada murid-murid sekolah.

 

1 ulasan: