Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara
Sepanjang
panjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong
menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Oleh itu,
langkah-langkah perlu diambil untuk memajukan lagi industri ini.
Langkah
pertama yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong adalah dengan
mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah.
Penyediaan hotel, chalet, tandas, pengangkutan, bekalan air dan elektrik adalah
penting untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong
terkandas atau terlewat sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan,
misalnya untuk ke Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap
berlaku juga masalah tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air
dan elektrik yang kerap meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong
tertarik untuk berkunjung lagi ke sini.
Berdasarkan
rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke
sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan
juga untuk membeli-belah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau
mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Selain itu, peraturan-peraturan
imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara
ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan
disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan
dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong
akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia.
Langkah
seterusnya yang boleh diambil ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi
pelancongan. Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau
di luar negeri. Pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan
kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah. Ini bertujuan
mendedahkan keindahan alam semula jadi dan keunikan hidup masyarakat berbilang
kaum di negara ini kepada masyarakat luar. Manakala pelancong dalam negara pula
boleh ditarik dengan mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media
ataupun risalah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan
agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong
mereka untuk melancong dan berehat di sini.
Di
samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak
seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan
ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk
membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian
rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus
berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
Langkah
menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan
sukan bertaraf dunia. Im termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA),
Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya,
kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu
musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan
yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita.
Kesimpulannya,
memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan
begitu menguntungkan. Namun, dalam keghairahan menarik pelancong, kita
janganlah lupakan kesan buruk yang boleh menimpa masyarakat kita seperti gejala
`black metal’, seks bebas dan minum arak.
thanks
BalasPadam