Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah
Masalah membuli
di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan
merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja
memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di
kalangan pelajar sekolah.
lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam
memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan
contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan
bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan
berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan
baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar
dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi
Peranan
media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan
pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat
disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada
pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media
elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu
bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka
untuk menangani masalah buli.
Di
samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung
gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka
terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar
perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak
lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera
diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan.
Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di
kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat
diambil tindakan.
Pelajar-pelajar
pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran
tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri
daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang
rendah.
Kesimpulannya, semua pihak
harus berganding bahu supaya masalah buli di sekolah menengah dapat diatasi.
Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.
Terima kasih daun keladi
BalasPadambagus betul!
BalasPadamterima kasih cikgu,,,
BalasPadamTerima kasih cikgu^_^ ....
BalasPadamia betul
Padamia betul
Padamtq
BalasPadamtq
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamBabi
BalasPadamnape kw
PadamLangkah mengatasi gejala buli
BalasPadamTq boss
BalasPadam