TIP KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
Karangan ini merupakan salah satu daripada komponen Kertas Dua Bahasa Malaysia PMR; iaitu:
- Bahagian B.
- Satu soalan dikemukakan
- WAJIB dijawab.
- Panjang karangan tidak melebihi 120 patah kata
- Masa dicadangkan ialah 25 minit
- Markah diperuntukkan ialah 20 markah
Bahan-Bahan:
- Gambar tunggal atau gambar bersiri
- Gambar foto
- Gambar rajah
- Ilustrasi kartun
- Pelan
- Iklan
- Poster
- Graf
- Jadual
Panduan Umum
- Karangan ini ditulis dalam beberapa perenggan. Pelajar dicadangkan menulis satu perenggan pendahuluan, 3-4 perenggan isi dan satu perenggan penutup.
- Anda digalakkan memberikan pendapat tentang bahan rangsangan yang diberikan berdasarkan arahan dalam tugasan soalan.
- Minimum isi yang diperlukan ialah 3 isi.
Menganalisis Bahan Rangsangan yang diberi.
- Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kehendak soalan.
- Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama-sama dengan bahan rangsangan. Cuba kaitkan bahan tersebut dengan soalan yang diberikan.
- Cuba dapatkan mesej utama daripada bahan tersebut.
- Analisis anda hendaklah meliputi kata kunci soalan, skop tajuk dan kehendak soalan.
Merangka Karangan Anda
Karangan jenis ini terdiri daripada 3 komponen utama; iaitu:
- Pendahuluan
- Isi-isi penting
- Penutup
a)Pendahuluan
- Pendahuluan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
- Kaitkan kehendak soalan dengan tahun bahan yang diberikan
- Pendahuluan ditulis perlu memberikan gambaran umum tajuk bahan rangsangan
- Menyatakan definisi atau konsep tentang perkara dalam bahan rangsangan atau soalan
- Hendaklah menyentuk perkara yang hendak ditulis dalam bahagian isi
- Dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa dengan karangan anda.
b)Perenggan Isi
- Isi karangan hendaklah ditulis dalam beberapa perenggan
- Dalam setiap perenggan perlu ada satu isi utama. Isi utama hendaklah dikembangkan dengan isi sampingan berserta contoh.
- Isi setiap perenggan hendaklah mempunyai pertalian dengan isi dalam perenggan yang lain.
- Anda perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan isi-isi atau perenggan-perenggan.
c)Perenggan Penutup
- Bina kesimpulan atau rumusan berserta cadangan, pandangan dan sebagainya bagi keseluruhan isi atau perkara pokok soalan.
- Anda harus membina kesimpulan yang menarik dan dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa.
- Kesimpulan haaruslah membayangkan pendirian anda tentang tajuk bahan rangsangan.
- Jangan ulang fakta-fakta yanganda telah nyatakan dalam perenggan isi.
- Selain itu, jangan msukkan fakta baru dalam perenggan penutup.
Setelah selesai membina karangan, anda perlu menyemak karangan anda dari segi ejaan, tanda bacaan dan struktur ayatnya.Pastikan juga jumlah patah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Sila catat jumlah patah kata di dalam kurungan di sudut kanan baris terakhir karangan untuk rujukan pemeriksa. Anda digalakkan menyisipkan peribahasa atau ungkapan dalam karangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan