Ahad, 29 Mei 2011

PENULISAN BERKUALITI PERINGKAT SPM

Panduan ini ditulis berdasarkan elemen yang diabaikan oleh pelajar semasa proses mengarang. Antara elemen tersebut.


1. Aspek menepati secara fokus kehendak soalan melalui pemahaman terhadap tugasan.

a) Pelajar kurang menyelami kata kunci tugasan yang dikehendaki oleh soalan.

Hal ini mempamerkan kelemahan pelajar apabila dianggap tidak memahami tugasan dan seterusnya menjawab melebihi ruang lingkup soalan. Misalnya Ketika menjawab soalan bahagian A iaitu soalan bahan rangsangan, tugasan / kata kunci soalan dinyatakan secara jelas malahan dihitamkan kata kunci itu supaya lebih diberi perhatian oleh pelajar. Soalan SPM 2008 jelas memerlukan pelajar membincangkan punca-punca berlakunya pencemaran sungai. Tiga punca telah diberikan bersama ilustrasi bergambar.

Apa yang mengecewakan pelajar masih lagi menulis mengikut apa yang mereka tahu dan bukan mengikut apa yang diminta. Hal ini tentunya mempamerkan kegagalan dalam menyelami kehendak soalan.

b) Pelajar tidak mempamerkan kebolehan menulis karangan secara terperinci / panjang


Kebiasaanya pelajar menulis sekadar memenuhi kepererluan minimum sahaja iaitu melepasi 200 patah kata bagi karangan A dan melebihi 350 patah kata bagi karangan bahagian B.Hal ini sebenarnya jauh daripada menepati pemberian markah peringkat baik , kepujian dan cemerlang kerana ketiga-tiga peringkat ini memerlukan jumlah kata yang jauh lebih banyak daripada keperluan minimum. Kadangkala menjadi suatu keperluan untuk membuktikan keupayaan menulis apabila keperluan jumlah kata menjadi ukuran untuk pemberian markah.Oleh itu disarankan pelajar menulis dengan panjang , sebaik-baiknya 15 baris bagi setiap perenggan.Bagi karangan A , jumlah kata mesti melebihi 250 dan bagi karangan B mesti melebihi 450 patah kata.Kebolehan menulis dengan jumlah perkatan yang maksimum memungkinkan pemberian markah cemerlang diperolehi.
.
c) Kekuatan kosa kata dan ungkapan menarik yang berkesan

Kosa kata merupakan rangkuman ciri-ciri kebolehan berbahasa dan penguasaan bahasa yang gramatis.Hal ini tentunya memberikan nilai keindahan bahasa dan unsur ayat yang gramatis , bervariasi dan mampu menarik perhatian pembaca.

d) Pengolahan menarik dan berkesan

Olahan melalui kepelbagaian bahasa dengan penggunaan penanda wacana yang berkesan mampu memberikan impak yang menarik bagi sesebuah karangan yang berkesan.Kesan olahan ini tentunya memberikan daya menarik untuk dikategorikan sebagai karangan berkualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan