LATIHAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID TINGKATAN 2 ARIF
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Soalan:
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang
faedah-faedah berkebun sayur. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan
Faedah-Faedah Berkebun Sayur
---Menyihatkan tubuh badan
---Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan
---Menjadi sumber pendapatan
---Membekalkan kita sayur-sayuran
Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan
yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan
secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
Melalui aktiviti berkebun sayur,
kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul,
menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu
berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.
Selain itu,
apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan.
Seandainya kegiatan
berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan
yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga.
Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran
yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja
dan racun serangga.
Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut
seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
( 129 patah perkataan)
Selasa, 8 Januari 2013
Ahad, 6 Januari 2013
LANGKAH MENJAWAB KOMSAS PMR
BAHAGIAN
D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.
1. Jumlah isi- 3 isi
sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti
disertai dengan huraian atau contoh.
PENTING !!!!! Tanpa
contoh tiada markah.
4. Permarkahan- Isi ( 6
markah )
- Bahasa ( 4 markah
).
5. Topik
penting dalam Komsas
1.
Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji (10 markah)
2. Jelaskan
persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang
anda kaji
( 10 markah ).
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam
novel yang anda kaji.
(
10 markah ).
4. Bandingkan perwatakan watak utama
dengan watak sampingan
dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
5.
Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel
yang anda kaji ( 10 markah ).
6.
Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang
anda ketahui dan huraikan
dengan memberi contoh yang sesuai ( 10
markah ).
7. Jelaskan citra
masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda
kaji 9 10 markah ).
8. Huraikan citra wanita
yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
9. Nyatakan gaya bahasa
yang terdapat dalam novel yang anda kaji
dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )
10. Jelaskan apakah yang
dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis
latar yang anda ketahui
( 10 markah ).
11.
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
FORMULA
MENJAWAB SOALAN KOMSAS
( BARNIAT
YANG HORJIN )
BAR =
SABAR
NI=
BERANI
AT= TAAT
YANG=
SAYANG
HOR=
HORMAT
JIN=
RAJIN.
MERENANG GELORA
FOKUS NOVEL 2013
Soalan1:
Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab
Terhadap Tugas
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh
peristiwa yang dapat menggambarkan
persoalan di atas?
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
Peristiwa
yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membenteras
salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
Selain
itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi
menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa
Meng Kong.
Akhir
sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin
untuk memberi denda kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
Soalan 2:
NILAI – KEGIGIHAN
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan
tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.
Peristiwa
yang pertama, Badri gigih menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas yang
menghadapi banyak cabaran.
Selain
itu, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang
demikian Badri meminta izin untuk pulang awal.
Akhir
sekali, peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur. Peristiwa
tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.
Soalan 3:
NILAI- KEBERANIAN
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan
tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa
yang pertama ialah Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan
kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
Selain
itu, peristiwa Badri berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya. Namun
kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga mereka
lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Akhir
sekali, peristiwa Badri membawa Kumar ke guru disiplin kerana Badri mengesyaki
Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.
Soalan 4:
NILAI- KASIH SAYANG
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan
tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa
yang pertama Badri mahu membahagiakan kedua-dua ibu bapanya sebagai tanda kasih
saying mereka membesarkannya.
Selain
itu, peristiwa Siew Mei saying akan abangnya, Siew Mei berjumpa Badri di sebuah
restoran untuk meminta bantuan agar abangnya tidak dibuang kerja oleh bapa Meng
Kong.
Akhir
sekali, peristiwa Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak kerana diminta
berbuat demikian oleh ibu bapanya.
Soalan 5:
PERWATAKAN WATAK UTAMA – BADRI SEORANG YANG
BERANI
Berdasarkan novel :Merenang Gelora”, jelaskan
tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang
ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam
novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang berani.
Peristiwa
pertama ialah Badri berani membawa Kumar ke bilik guru disiplin kerana Badri
mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.
Selain
itu, peristiwa Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan
kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
Akhir
sekali, peristiwa Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya.
Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga
mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Soalan 6:
PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG
GIGIH
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan
tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang
ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam
novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang gigih.
Peristiwa
yang pertama ialah peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur.
Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.
Selain
itu, peristiwa gigih menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang menghadapi
banyak cabaran.
Akhir
sekali, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang
demikian, Badri meminta izin untuk pulang awal.
Soalan 7:
PERBANDINGAN WATAK-
Watak
utama- Badri
Watak
sampingan- Shahrul
Berdasarkan novel di atas nyatakan 3
perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?
Jawapan:
Novel
yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.
Perbandingan
yang pertama ialah Badri seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pengawas sekolah manakala Shahrul seorang yang tidak
bertanggungjawab kerana dia telah meninggalkan Nadira ketika diserbu polis.
Selain
itu, Badri tidak suka berfoya-foya dan hidup bebas kerana tidak mendatangkan
faedah kepadanya manakala Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama rakan-rakannya dan
sering terlibat dalam lumba haram.
Akhir
sekali, Badri seorang yang rajin kerana dia selalu mengulang kaji pelajaran
ketika peperiksaan SPM semakin hampir manakala Shahrul menghabiskan masa dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.
Soalan 8:
Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan
tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang
berlaku?
Jawapan:
Novel
yang saya pilih ialah “Merenag Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar
tempat dalam novel ini.
Latar
tempat yang pertama ialah di rumah Badri iaitu ibu Badri, Mak Siti menyediakan
sarapan untuk keluarganya.
Selain
itu, di kompleks beli belah iaitu tempat
Shahrul, Kumar, dan Meng Kong melepak
selepas selesai sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
Akhir
sekali, ialah di kedai Encik Tan, ayah Meng Kong iaitu peristiwa Meng Kong
mencuri telefon bimbit di stor kedai ayahnya untuk dijual kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Meng
Kong datang ke kedai ayahnya pada setiap hari Sabtu.
Soalan 9:
Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan
tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga
peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel
yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak
latar masyarakat dalam novel ini.
Latar
masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin terhadap anak.
Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih
berdisiplin dan mengubah sikapnya.
Selain
itu, masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di
tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
Akhir
sekali ialah masyarakat yang rajin belajar. Contohnya, Badri, Siew Mei, dan
Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi
peperiksaan.
PANDUAN MEMBINA KARANGAN BAHAGIAN C PMR
BAHAGIAN C (
KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.
1. Jumlah perkataan-
Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis
di bahagian
bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6
perenggan.
1 Perenggan-
Pendahuluan.
4 Perenggan-
Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,
hasil kajian dll
hasil kajian dll
1 Perenggan-
Penutup.
3. Jumlah isi- 3 /
4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas &
padat.
5. Mesti ada 3 penanda
wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru,
Di samping itu, dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan
keseluruhan dan markah karangan akan
ditentukan berdasarkan gred markah yang telah
ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa
akan menyebabkan markah pelajar akan
ditolak.
PEMBINAAN
KARANGAN.
Contoh Soalan
– Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh
berulang.
i. Cara
menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan
sahaja.
- Gambaran awal tentang
karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang
hendak dikemukakan dengan pernyataan yang
merangsang pemikiran dan
menarik perhatian pemeriksa.
- Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan
angka sesuatu
peristiwa, persoalan berjawab dll.
peristiwa, persoalan berjawab dll.
Contoh
pendahuluan-
Kejadian tanah
runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang
terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari
menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang
patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing
dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari
jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
ii. Cara menulis
isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI
UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
- Setiap perenggan mesti ada
pertalian dengan menggunakan penanda
wacana.
- Pastikan tidak berlaku pengulangan
isi.
- Formula ( Isi Utama + Mengapa /
Bagaimana + Kesan/
Contoh )
Contoh Isi
karangan
Selain itu,
pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal
ini demikian
kerana tanah di kawasan tersebut mudah
runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini
membahayakan nyawa sesiapa saja
yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa.
Yang terbaharu, kejadian di
Bukit Antarabangsa tahun
2009 juga telah merosakkan banyak
harta benda.
iii. Cara
menulis penutup karangan
- Buat satu rumusan atau
kesimpulan yang anda huraikan.
- Jangan ulangi fakta
yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan
utama +
Bagaimana + Kesan )
Contoh-
Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Soalan
karangan yang popular.
1. Soalan berbentuk
pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak
Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan
Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk
Peribahasa.
6. Karangan
Cereka/keperihalan.
7. Karangan
Syarahan/perbahasan
PANDUAN MENJAWAB KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
BAHAGIAN
B ( Karangan Bahan Rangsangan ).
1. Jumlah
perkataan- Tidak melebihi 120 patah
perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah
kanan ).
2. Perenggan- 5/6
perenggan.
1
Perenggan- Pendahuluan.
3/4
Perenggan- Isi/huraian
1
Perenggan- Penutup.
3. Jumlah isi- 3 /
4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas &
padat.
5. Mesti ada 3 penanda
wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu,
Justeru dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan
keseluruhan dan markah karangan akan
ditentukan berdasarkan
gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa
akan menyebabkan markah pelajar akan
ditolak.
8. Ciri-ciri karangan yang
cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20
markah ).
- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan
tepat.
- Tiada kesalahan ejaan
dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum
pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak
soalan
- Huraian isi matang dan
berkembang.
- Pengolahannya yang
menarik dan berkesan.
PEMBINAAN
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
a. Cara membuat
pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
Hendaklah
membincangkan tajuk bahan rangsangan yang
diberikan.
Mesti
menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan
kehendak soalan.
b.
Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA
+ ISI SAMPINGAN +CONTOH.
Setiap perenggan mesti ada pertalian
dengan menggunakan penanda
wacana.
c. Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan,
pandangan, bagi keseluruhan
isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
Langgan:
Catatan (Atom)